B : Waalaikum salam A, Alhamdulillah sihat. Awak sihat?
A : Alhamdulillah khoir. Lama dah tak nampak awak. Busy yeh? Prepare untuk exam ke?
B : =) Exam ada juga. Tapi sekarang ni, tengah get ready untuk bulan depan. Takut tak ready pulak nanti bila dia datang.
A : Bulan depan? Siapa yang nak datang? Macam istimewa betul tetamunya.
B : Laaa.. B tak tahu ke.. Mestilah sangat istimewa. Setahun sekali je dia datang. Banyak offer pulak tu. Saya tak mahu rugi tahun ni. Kalau boleh bila dia datang tu, memang nak peruntukan masa eksklusif untuk dia semata. Tak mahu kena kacau.
A : Isk! teruja pulak saya dengarnya. Boleh saya nak jumpa tetamu istimewa B tak. Mana tahu saya boleh dapat offernya sekali.
B : Mestilah boleeeeh!
A : Tapi kan B, Saya pun kena get ready jugak ke? Nak kena buat apa? eh btw, boleh saya tahu sapa gerangan tetamu istimewa tu.?
B : =) Mestilah! Insya Allah dalam masa kurang sebulan lagi, Kita akan memasuki bulan RAMADHAN. Dialah tetamu istimewa yang saya maksudkan tadi...dan pastinya perlulah kita bersiap sedia untuk berjumpa dengan bulan istimewa itu. Persis pengantin perempuan ingin bertemu bakal suaminya di hari perkahwinan.
A : hehe :) Terlupa pula saya. tapi ala B nanti bulan Ramadhan datang kita puasa laaa. kenapa nak sibuk-sibuk sekarang. Ke sekarang B tengah buat kuih banyak-banyak. Nak berniaga yeh?
B : =) Isk tak ada lah A. A, Ramadhan tu setahun sekali je. Bulan full barakah. Sayanglah kita kalau termiss peluang tu. Ramadhan ni, bukan sekadar puasa. Tapi semua kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan membaca Al Quran, bersedekah, membuat baik. Bukan sekadar menahan nafsu makan ajee.. tapi semua bentuk nafsu kena jaga kan..Kalau sekarang kita biasakan sikit-sikit perbanyakkan al Quran. Nanti Ramadhan sampai semput jugak kita, nak khatamkan al Quran tu. Puasa musim panas kat sini pun mencabar jugak, Kalau tak latih perut dari sekarang. Bulan puasa nanti, boleh terdampar je atas katil macam tahun lepas. Rugi sangat. B tak nak dah macam tu. Tahun ni B, nak kaut sungguh-sungguh semua kebaikan dan kelebihan ramadhan. Kalau ada rezki biarlah dapat Lailatul Qadr.
A : Betulla B! A pun nak get ready macam B! Jazakillah khoir B sebab ingatkan A!
B : =) waiyyaki! Jom B kita sama-sama be prepared dan full manfaatkan ramadhan kali ini!
p/s : Apa lagi kawan-kawan dah ready untuk ramadhan kali ni?
0 comments:
Post a Comment