Dari catatan seorang sahabat si enggineer teman se QC:
“…Oleh sebab manusia mempunyai darjah kemuliaan dan ketinggian yang seluhur ini, maka Allah telah menjadikan tali hubungan yang mengikat umat manusia itu ialah tali hubungan yang diambil dari tiupan ilahi yang mulia, iaitu tali hubungan ‘aqidah kerana Allah…”
Kita dengan haiwan adalah berbeza, kalau haiwan dgn haiwan spt lembu, singa ada territory dia, jadi mereka akan bergaduh sesama sendiri. Allah jadikan haiwan di tahap yang paling rendah. Hubungan antara manusia (melalui aqidah) adalah suatu hubungan yang paling mulia sesama islam dan bukan nya sesama melayu (bangsa) sahaja kerana Allah tak tengok benda-benda yang berasal dari ‘tanah’. Jasad memang tak boleh diubah spt mana orang afrika dilahirkan berkulit lain dari orang eropah, tapi apa yang Allah tengok adalah bukannya warna kulit tetapi dalaman seseorang manusia yang dikenali sebagai ruh. Oleh demikian, hubungan benda-benda yang berkaitan dengan tanah, menjadikan manusia itu hina. Tetapi manusia sebenarnya ada hubungan sesama manusia melalui aqidah atau ruh.
“…Oleh itu ‘aqidah seseorang Mu’min merupakan tanahairnya, kaumnya dan keluarganya dan di atas ‘aqidah inilah umat manusia harus bersatu padu bukannya seperti haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar…”
Merujuk kepada jasad atau ‘body’, jasad kita makan tanah, apa-apa yang kita makan adalah berasal dari tanah, spt roti datang dari gandum, gandum datang dari pokok dan pokok keluar dari tanah. Kalau kita agungkan tanah, jadi aqidah kita samalah dengan tanah. Oleh itu aqidah seorang mukmin adalah tanahair dia, tanahair adalah tempat kelahiran seseorang, jadi manuasia akan bergantung kepada syahadah, kalau dia ada kalimah syahadah, tanah air dia islam dan tidak mengira warna kulit (bukannya ikut kaum dan sebagainya). Al-Quran tidak menceritakan warna kulit, kaum muslim negerinya mestilah islam. Kemudian keluarga atau keturunan manusia adalah semua orang islam. Tapi orang zaman sekarang hanya terikat kepada darah keturunan dan kaum.
Ketika islam di mekah, bila seseorang masuk islam, dia akan leburkan semua kaum menjadi satu kaum muslim, bangsa selain darinya adalah bukan islam. Pada mulanya amat sukar untuk buang kekabilahan orang arab kerana kekabilahannya seperti sebatang pokok iaitu bukan sahaja pokoknya kena tarik keluar malahan akar-akarnya juga. Adakalanya perang tercetus antara kabilah kerana kes yang kecil. Seseorang kabilah telah ‘ketuk’ seekor kuda je, dah jadi perang yang besar antara kabilah arab masa itu.
Islam mengajar kita bahawa Aqidah adalah sesuatu yang paling tinggi dalam islam. Kadang-kadang Quran mengulang topik yang sama untuk membuang sifat2 atau perasaan jahiliyah. Antara jahiliyah ialah pegangan assobiyyah Kalau tak boleh ‘dye’ keseluruhan diri kita dgn Al-Quran ni, bermakna seseorang itu belum betul2 islam.
rukaseni <3
0 comments:
Post a Comment