five rules for happiness??
teori yang diciptakan manusia untuk mendapatkan kebahagiaan..

sebenarnya Allah dah ajar pun kita macam mana nak dapatkan kebahagiaan itu… melalui Al-Quran, melalui idola terbaik kita, Rasulullah SAW…
need a proof?? let’s see.. huhu..
1. Free your heart from hatred
lapangkan la hati dari kebencian.. sedangkan tingkat terendah dalam ukhwah adalah apabila seseorang itu berlapang dada dengan saudaranya.. dan untuk berlapang dada, wajiblah untuk tidak membenci.. dan saling berkasih sayang itu adalah requirement untuk menjadi orang yang beriman..
“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”
Hadis riwayat Bukhari & Muslim
so, sila berlapang dada dan jangan membenci ![]()
2. Free your mind from worries
jangan gundah, jangan terlalu risau tentang sesuatu yang di hadapan.. kita kan diajar untuk sentiasa bertawakkal kepada Allah.. untuk meletakkan sepenuh pengharapan dan perwakilan kepadaNya.. kerana hanya Dia yang mengetahui segala sesuatu di hadapan kita.. dan semua pun telah diatur mengikut ketetapanNya..
“……. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (2) Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan [keperluan] nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan [yang dikehendaki] Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (3)”
At-Talaq (65): 2-3

kalau la Allah dah atur semua dan semua ketetapanNya adalah yang terbaik, dun worry too much k!! usaha dan tawakkal.. insyaAllah.. ![]()
3. Live simply
hidup la besederhana.. sekadar keperluan.. Allah menciptakan nafsu dalam diri manusia.. syaitan pula menghiaskan indah kehidupan dunia ni.. semua pun untuk menguji manusia sama ada mereka kuat atau tidak dalam menanti keindahan sebenar di kampung akhirat kelak..
“Dijadikan indah pada [pandangan] manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik [surga]..”
Ali-Imran (3): 14
jadinya, hidup la sekadar keperluan.. jangan dilayan sangat nafsu duniawi.. ![]()
4. Give more
setiap anggota tubuh kita adalah pinjaman dari Allah.. agar kita bermanfaat kepada yang lain.. setiap nikmat datang dengan tanggungjawab.. tanggungjawab untuk sentiasa memberi kepada yang memerlukan.. tanggungjawab sedekah yang tidak hanya dengan harta.. malahan dengan setiap ruas tulang yang diberi pinjam Allah kepada kita..
“Setiap ruas tulang manusia wajib disedekahi, setiap harinya selama matahari masih terbit. Mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, menolong seseorang naik ke atas kenderaannya dan mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, berkata yang baik adalah sedekah, setiap langkah berjalan menuju shalat adalah sedekah dan menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
marilah membanting tulang untuk banyak memberi, semua pun kan sedekah..
insyaAllah bahagia..
5. Expect less
bukan ganjaran dunia yang kita harapkan.. sebaliknya ganjaran syurga Allah yang dikejar.. apalah makna sebuah ibadah dan sedekah kalau tanpa keikhlasan, kalau mengharapkan pandangan dunia, ganjaran dunia.. kalau expect benefit dari setiap perkara..
“Itulah [karunia] yang [dengan itu] Allah menggembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal saleh. Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan”. Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri”
As-Syuraa (42):23
jangan meletakkan harapan terlalu tinggi tentang hasil yang kita usahakan.. segala semua pun Allah akhirnya yang menentukan.. ![]()
Conclusion dari 5 teori HAPPINESS yang diciptakan oleh manusia ???

HAPPINESS ,
kebahagiaan adalah apabila kita benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup..
apabila hidup berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah..
apabila meletakkan Allah sebagai yang Tertinggi dalam segala-galanya..
dan apabila meletakkan Syurga sebagai cita-cita destinasi terakhir kita..
Moga berbahagia hendaknya~

0 comments:
Post a Comment